Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

Setelah sekian lama, pada tahun 2010, House of Rothschild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur setelah Malaysia sekian lama dikuasai oleh penjajah-penjajah Freemason UK.

Kedatangan House of Rothschild ke Malaysia adalah lanjutan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild, iaitu Goldman Sachs Bank, untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, disebutkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat untuk membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan yang berkaitan Malaysia di luar negara, pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal di kalangan pelabur tempatan.

Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.

Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.

madame_rosnah.jpg

(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai jawatankuasa LOFSA pada 2003.

NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.

Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.

Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;

“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”

Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs dikaitkan dengan penajaan konflik Israel-Palestin pada tahun 2008. Teoris konspirasi barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, dan Jeff Rinse sebulat suara bersetuju bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agen mereka, Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa ini dibawa masuk dengan mudah oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd menyatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis
di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;

“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”

(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)

Goldman Sachs dan Kejatuhan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak menyedari bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008, yang bermula dengan Lehman Brothers, adalah hasil perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire dalam Bloomberg, CNN, CBS, dan forum ekonomi antarabangsa?

Apakah mereka tidak menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukan dinilai pada carta "top ten" keluaran majalah Forbes, tetapi pada "Siapa Paling Berkuasa"?

(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America), dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Mereka inilah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden, dan akhirnya Obama mengikuti rancangan ekonomi yang diputuskan oleh empat individu ini pada waktu-waktu yang telah dirancang.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutnya tugas untuk menghujahkan isu ekonomi seperti ini dipertanggungjawabkan kepada pensyarah dan profesor ekonomi melalui blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota kuliah tanpa menunjukkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Pensyarah sepatutnya lebih proaktif di dalam bilik kuliah untuk membincangkan permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu ini boleh mencetuskan pemikiran kritis dan analitik di kalangan mahasiswa.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia mengecewakan pelabur tempatan kerana di dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai "Gengster Ekonomi" yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikuti dasarnya, hatta kerajaan sekalipun.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah 'Rothschild' dalam membina penguasaan empayar ekonomi di peringkat dunia. Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri. Walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild, hakikatnya ialah mereka dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam cara yang sangat licik dan sistematik.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama