Serangan Tentera Israel

KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza. Gambar bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza. 

Komando Yahudi gempur enam kapal bantuan bawa bekalan kemanusiaan

ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.

Anehnya, Israel menyalahkan aktivis kerana mencetuskan keganasan hingga membawa kematian menyebabkan aktivis memberi keterangan bagaimana ia berlaku di perairan antarabangsa.

Kapal yang di Serang Tentera Israel

Tentera Israel Laknatullah.

Ini merupakan sambungan daripada gambar-gambar yang dirakam disebalik serangan tentera Israel terhadap konvoi Bantuan Gaza baru-baru ini. Inilah dia perangai israel LAKNATULLAH. Dia kutuk umat Islam, dia bunuh sahabat kita di GAZA, dia kerat-kerat, dia mamah-mamah umat Islam. Kemudian mereka “berehat seketika” dan berpura-pura memohon maaf dan mahukan rundingan bagi genjatan senjata. Bila kita terlalai sekejap, mereka kembali dengan perangai binatang dan tidak berperikemanusian.

Undang-undang dunia di bawah tapak kakinya ketika ini dan tiada langsung sekelumit perasaan bersalah disebalik serangan komando tentera Israel ke atas konvoi bantuan GAZA. PBB terus duduk terpaku dan hanya megah disebalik status mereka.

Adakah siri kekejaman dan kejadian yang lebih teruk baru kita mahu melatah?

Peranan Liga Arab? Geleng kepala……….
Peranan OIC? Geleng kepala……….
Peranan PBB? Geleng Kepala…………
Kesatuan-kesatuan Eropah? Lagilah….geleng kepala………………..

Peranan Amerika? Angguk-Angguk aka pak turut……sebagai tanda mengiyakan dan bersetuju setiap kali tindakan kekejaman Israel LAKNATULLAH. Sehingga Yahudi semakin naik minyak !!!

Demonstrasi Anti Zionis di depan Rumah Putih. 

Demonstrasi Anti Zionis di New York.

Protes Serangan Rejim Zionis Terhadap Kapal Mavi Marmara di London.
 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama