Di tengah lautan biru, para pekerja di syarikat minyak ini di Arab Saudi tidak pernah melupakan tanggungjawab yang lebih besar daripada pekerjaan harian mereka—tanggungjawab kepada Pencipta. Setiap hari, mereka terpaksa bekerja di bawah air selama 4-5 jam, dengan memakai pakaian selam.
Apabila waktu solat tiba, mereka tidak menangguhkan atau mencari alasan untuk melambatkan ibadah. Tanpa keluar ke permukaan atau menukar pakaian, mereka terus menunaikan solat di dalam air. Di sebalik kelengkapan selam dan bunyi deruan laut, ruku' dan sujud tetap diteruskan. Ia bukti bahawa solat bukan sekadar ibadah, tetapi juga disiplin dan keutamaan yang mendahului segalanya.
Sebesar-besar pencuri adalah mereka yang mencuri waktu solat mereka... Namun di lautan yang luas ini, mereka tidak membenarkan waktu solat dicuri begitu sahaja.
Tags
Menarik