Kesakitan disaat Kematian...


" Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Dajal sudah muncul??


Dewasa ini, sejak 1990-an yakni sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.

Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah;

* Dajjal akan muncul …
* Dajjal sudah muncul …

Kami mentafsirkan kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal.. Jadi, mana satukah yang tepat?


Fenomena Segitiga Bermuda


Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini milik orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih mengerikan dari Segitiga Bermuda.


Misteri Tutankhamun



GAMBAR fail menunjukkan muka Firaun Tutankhamun.

KAHERAH - Hasil ujian asid deoxyribonucleic (DNA) diambil daripada mumia yang dipercayai Firaun Tutankhamun akan diumumkan pada 17 Februari ini, kata Ketua Antikuiti Mesir, Zahi Hawass kelmarin.

Makam firaun itu yang meninggal dunia lebih 3,000 tahun itu ditemui oleh ahli-ahli arkeologi British di Lembah Raja-Raja pada 1922.

Pada Ogos 2008, pihak berkuasa antikuiti itu menyatakan sampel DNA telah diambil daripada mumia Tutankhamun bagi menentukan sama ada firaun tersebut bapa kepada dua janin yang ditemui di dalam makamnya.

Tutankhamun menjadi firaun semasa berumur sembilan tahun dan punca kematiannya menjadi pertikaian ahli-ahli sejarah dengan sebahagian mereka menyatakan dia meninggal dunia disebabkan kecederaan pada satu kakinya.


Fakta Bulan & Terbelahnya bulan



Couple 
Terre-Lune
Agak memeranjatkan, masalah asal-usul Bulan masih belum lagi diselesaikan. Tiga pendapat berbeza telah lama dibahaskan. Senario pertama adalah pembentukan Bulan melalui pemecahan. Dipermulaan pembentukannya, Bumi adalah berbentuk jisim cecair yang berputar agak cepat. Disebabkan kuasa sentrifugalnya, Bumi telah mengusirkan sebahagian dari jisimnya yang akhirnya berkumpul membentuk Bulan. Senario kedua mencadangkan pembentukan Bumi dan Bulan secara serentak dan berpunca dari jenis debu-debu yang sama. Senario yang ketiga mencadangkan bahawa Bulan telah terbentuk di suatu kawasan lain di dalam Sistem Suria yang pada suatu ketika dulu telah terperangkap dalam tarikan graviti Bumi. Pasangan Bumi-Bulan dari pandangan kapal angkasa Galileo dalam tahun 1990 dari jarak bulan 6 milion km.


Related Posts with Thumbnails

VIDEO

RECENT POSTS

-------

POPULAR POSTS

-------
 

Alam Dunia 066 Copyright © 2010 Nightmare-066kgi is Designed by Lasantha